top of page
Search
Writer's pictureMohammad Tazli Azizan

Should We Always Have Written Closed Book Examination FOR EVERYONE?

Manusia secara tabi’enya memang sukakan pertandingan. Sejak daripada zaman mereka hidup di dalam gua serasa saya. The survival of the fittest bak kata omputih. Ialah, berjuta sperma terhasil pun hanya satu yang dapat berjaya disenyawakan.


But to live in this world in harmony, not all the things can be designed as a competition. Kenapa? Kerana apabila Allah menciptakan manusia, Dia menciptakan kepelbagaian dalam diri manusia. Diversity. The diversity itself is not a symbol of weakness but in fact Allah creates us in that particular way so we can complement each other.


Each and everyone of us ada kekuatan tersendiri. Ada personaliti tersendiri. Ada kebijakan tersendiri. Namun apa jua kebijakan dan kemahiran yang kita punyai perlu diasah, dilentur, dikuatkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Maka pada asas kita memilih untuk ke tadika, ke sekolah hatta ke universiti adalah untuk mencari kebijakan itu, mengasahnya, melenturnya sehingga matang dan menggunakannya kelak untuk manfaat manusia lain demi Tuhan. Itulah tugas sebaik-baik manusia.


Berebut-rebut untuk peroleh syurga Allah bukan hanya dengan satu jalan. Maka disebabkan itu manusia yang pelbagai ini melaksanakan pelbagai tugas dan tanggungjawab supaya Allah redha dan Allah terimanya sebagai amalan untuk bekalan di sana. Alangkah beruntungnya kita apabila melaksanakan setiap sesuatu itu dan dikira amalan pahala apabila kita buat semuanya kerana Allah Taala. Baik seorang guru, jurutera, doktor, tukang cuci, tukang bina, pengasuh anak-anak, tukang jahit, dan pelbagai lagi, semuanya itu ada pahala jika niatnya untuk Allah SWT.


Jadi berbalik kepada fungsi asal kita ke sekolah, sekiranya sekolah bukan tempat untuk mencari dan mengasah kekuatan diri, diseragamkan kesemuanya dan dijadikan tempat survival of the fittest, soalan seterusnya ialah apa yang anak-anak akan dapat ketika di sekolah? Bila hadir ke sekolah dilabelkan sebagai lembap, bodoh dan bengap, adakah anak-anak ini akan upaya mencari kekuatan mereka dalam konteks pendidikan hari ini?

Tipulah kalau kita semua manusia yang perfect, sehingga hari ini saya rasa masih tidak bijak berinteraksi dengan alat, terutamanya alat tukang dan apa-apa yang melibatkan DIY. Apa-apa sahaja yang melibatkan machine, saya bukan minat pun. Sebab tu bila buat chemical engineering, saya jadi hesitate untuk kerja as engineer. Kalau jadi engineer pulak saya takkan optimise my full potential because I know I’m not a hands on engineer.

Mujurlah di sekolah dulu adalah some basics semasa dalam subjek Kemahiran Hidup (subjek yang pada saya tak patut disingkirkan), at least saya tahulah juga memaku dan memotong kayu walaupun saya tahu kalau ditaksir, mungkin saya boleh sampai TP4 sahaja kot paling tinggi .


Jadi apabila pelajar-pelajar sekarang memasuki fasa pentaksiran di bilik darjah sahaja (PBD), saya rasa itu adalah satu tindakan yang wajar. Di situ sebenarnya guru boleh benar-benar kenali kekuatan anak-anak dan boleh berikan pentaksiran yang bermakna dan berguna untuk masa depan mereka. Ya, memang pada peringkat permulaan pasti ada banyak HICCUPS, tapi apabila kita gunakan PBD, dan pentaksiran dilaksanakan secara penuh integriti, telus demi untuk melaporkan perkara yang sebenar kepada ibu bapa, pentadbir dan pegawai, untuk jangka masa yang lebih panjang, ia akan menguntungkan pelajar, anak-anak kita.


Amalan PBD tidak baru dan sepatutnya diraikan. Bayangkan jika semua pelaporan melaporkan anak kita berada di TP3 tetapi subjek Muzik, dia berada di TP6. Nampak tak apakah perancangan yang terbaik untuk pelajar ini? Ataupun jika ada pentaksiran dibuat bahawa pelajar ini berada di TP3 dan di TP4, tapi ulasan yang diberikan oleh ustazah dan guru bahasa Melayunya, pelajar ini akan banyak bersoal jawab membincangkan hal-hal existential dengan guru, apakah manfaat yang ibu bapanya dapat daripada perkongsian ini? Bagaimana untuk menyokongnya mengembangkan potensi diri?


Ataupun seorang pelajar setiap kali ada aktiviti hands on dalam subjek Sains, beliaulah paling terkehadapan dan memimpin ahli kumpulannya untuk menyiapkan kerja walaupun banyak ulasan pelajar ini masih tidak tepat. Tidakkah elemen kepimpinan dapat disemai dan dipupuk sehingga beliau menjadi seorang pemimpin yang berjaya?

Maka sebab itulah peperiksaan bertulis secara bertutup tidak dapat membantu sangat untuk kita mengembangkan potensi dan keupayaan anak-anak. Ia hanyalah satu penilaian untuk melihat the survival of the fittest, again.


What helps then? Alternative assessment that really measure the outcomes. Cuma ya, kerja akan sedikit terbeban - paling bagus kalau dapat assistant teacher untuk lihat sorang-sorang dan menilai mereka, tapi sebenarnya sebagai pendidik, kita dapat selamatkan banyak NYAWA yang dahagakan penilaian yang adil buat mereka supaya mereka dapat benar-benar kenali kemampuan sebenar mereka.


So the next great question is, should we always have written closed book examination FOR EVERYONE? Entahlah, tanyalah diri anda sendiri



7 views0 comments

Comments


bottom of page