Alhamdulillah, dah selamat sampai ke Perlis selepas 9 jam lebih perjalanan dari Kota Bharu semalam. Nothing beats home to be honest. Dah mula terbayang Anjung Keli dan Nasi Ayam Kubang Gajah memanggil haha.
Baru-baru ini saya berpeluang melaksanakan satu aktiviti CSR bersama pendidik-pendidik di dua buah sekolah di daerah Pekan dan pelajar-pelajar tersebut adalah dalam kalangan pelajar asli.
Justeru, saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya membuat pemerhatian kepada aktiviti PdPc guru terpilih baru-baru ini. Saya kira guru tersebut sudah melaksanakan sesuatu yang sangat bagus untuk pelajar kelasnya, dan saya rasa kalau anak saya berada di kelas beliau pun, pasti beliau akan excited dengan aktiviti berkolaborasi, berfikir dan bekerja dalam pasukan, dimeriahkan pula dengan reward chart yang dibuat dengan Canva. Memang terbaik sangat!
Cuma saya ada bagi lontaran pandangan saya kepada guru terbabit sekiranya beliau ingin memanfaatkan kelas itu dengan lebih baik. Kebanyakannya adalah tentang ‘scaffolding’ pelajar dan saya rasa ia bermanfaat untuk dikongsikan kepada semua pendidik lain.
Antaranya:
1. Apabila memulakan set induksi, nak perkenalkan sesuatu konsep, bagi peluang pelajar berfikir dahulu apabila diajukan soalan, kemudian berkongsi dengan rakan dan baharulah dipanggil untuk berkongsi jawapan di dalam kelas. Tak perlu panggil semua untuk berkongsi, tapi setiap kali kelas boleh panggil pelajar yang berbeza.
Apabila kita melakukan hal ini, ia memberi peluang pelajar untuk berfikir. Soalan-soalan yang berbentuk ‘open-ended’ tidak mudah untuk dijawab secara terus jadi ada kemungkinan 2-3 pelajar yang dominan sahaja akan menjawab. Jadi, bila beri peluang mereka berfikir dan berkongsi dengan rakan sebelah, ia adalah teknik scaffolding yang bagus, tambah-tambah buat pelajar yang sukar buka mulut. Ia membantu mereka merasa selamat di dalam kelas.
2. Apabila melakukan aktiviti kolaborasi, beri peluang untuk pelajar berfikir dan buat dulu sendiri untuk beberapa minit sebelum masuk ke dalam kumpulan supaya mereka dapat ambil feel tentang tugasan yang diberi, bukan terus mulakan dalam kumpulan. Ia bagi mengelakkan pelajar yang dominan ‘conquer the group discussion’ dan pelajar yang perlukan masa untuk bersedia terkulat-kulat mengikut arahan dan tidak dapat bepartisipasi dengan baik.
3. Aktiviti berkumpulan yang kompleks dengan tujuan menguji kemahiran berfikir juga perlu dipecahkan supaya tidak mengambil masa yang terlalu lama. Jadi apabila pelajar dalam kumpulan dah siapkan satu tugasan kecil, beri maklumbalas kepada mereka dahulu, baharulah sambung dengan tugasan yang lain, supaya ia ‘manageable’. Memberikan terlalu banyak arahan akan menyebabkan mereka confuse.
4. Jumlah ahli kumpulan yang dibentuk untuk tujuan kolaborasi perlulah berpadanan dengan tugasan yang diberikan. Sekiranya ia boleh dilakukan oleh 2-3 orang, limitkan ia hanya kepada jumlah itu per kumpulan. Jika hanya tugasan itu memerlukan lebih, barulah dijadikan sehingga 4-5 orang dalam satu kumpulan. Ini bagi mengelakkan ada pelajar tak terlibat bahkan menjadi free rider.
5. Saya memuji guru tersebut atas usaha beliau untuk mewujudkan pendekatan terbeza (differentiated learning) di dalam kelas, dan beliau memberikan tugasan berbeza kepada pelajar pemulihan dan pelajar lain, tetapi tetaplah aktiviti berkolaborasi. Saya maklumkan ia adalah normal, sekurang-kurangnya pelajar tidak rasa terasing dan ini membolehkan guru memberikan lebih tumpuan dan scaffolding kepada pelajar yang sedikit lemah, dan pelajar-pelajar yang agak ke hadapan diberikan tugasan yang lebih kompleks untuk mereka selesaikan di dalam kumpulan. Namun begitu, jumlah ahli setiap kumpulan seperti point nombor 4 tadi memainkan peranan yang penting. It’s okay to let the more advanced students to be challenged with more complex task with minimum supervision.
6. Untuk melaksanakan differentiated learning, saya cadangkan agar semua pelajar ada masa beraktiviti bersama-sama, supaya mereka rasa bersama buat aktiviti yang kurang kompleks, dan masa kedua boleh diperuntukkan untuk differentiated instruction sementelah pelajar lain diberikan cabaran baharu. Kata kuncinya, pelajar-pelajar perlu sentiasa didorong dengan pujian dan feedback yang membina growth mindset.
7. Saya juga mencadangkan sekiranya aktiviti parking lot mahu dijayakan, elakkan buat secara general. Boleh guna kaedah two minute paper, atau one final question untuk membantu pelajar-pelajar melakukan aktiviti parking lot yang lebih bermakna.
8. Terakhir sekali, saya cadangkan kepada para guru, bila nak buat aktiviti, elakkan untuk buat aktiviti hanya di hujung kelas. Contohnya, bersyarah dan mengajar dahulu untuk 30 minit, lepas tu baru sambung lagi 30 minit untuk buat aktiviti sebab bateri pelajar dah menyusut. Cuba buat aktiviti di tengah-tengah waktu bersyarah, pecahkan into smaller chunks jadi aktiviti yang dirancang untuk 30 minit menjadi 10min-10min-10min diselangi dengan ‘teachable moments’
Mudah-mudahan tips ini membantu para pendidik di luar sana walau di aras mana anda mengajar sekalipun. Baik di sekolah rendah, menengah atau IPT, ia terpakai untuk semua.
Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tips-tips mengajor ni, jom join bengkel-bengkel Skolar Malaysia sepanjang bulan depan. Pendaftarannya di link ini:
Berikut ialah link pendaftaran bengkel
Comments