Setuju tak dengan saya bahawa dalam keadaan emergency remote teaching sekarang dan dalam kemelesetan ekonomi, mungkin ada pelajar dan siswa yang terpaksa menangguhkan pelajaran kerana
1. Learning inconvenience at home 2. Menjadi harapan keluarga demi kelangsungan hidup - terpaksa cari kerja untuk dapatkan duit 3. Kabur dengan peluang pekerjaan pada masa hadapan berkaitan dengan bidang- contohnya kejuruteraan dan sains.
Apabila situasi ini berlaku, dengan tidak kondusifnya belajar dari rumah (hatta terpaksa duduk di dapur untuk mendengar kuliah) dan sang ibu dan bapa yang ‘struggling’ financially, it is logical enough for these students to get out and do odd jobs seperti menjadi runner untuk Grab Food atau Food Panda, house cleaner dan sebagainya dalam dunia gig economy. Dalam keadaan sekarang juga, saya dapat mengagak IPT tidak mahu menasihatkan apatah lagi menggalakkan pelajar-pelajar ini menangguhkan pengajian kerana bimbang kekurangan pendapatan (sekali gus mengganggu prestasi kewangan IPT) dan dalam pada masa yang sama terpaksa ‘memaksa’ pelajar-pelajar siswa ini meneruskan pengajian walaupun dalam suasana yang tidak kondusif.
Namun begitu, saya masih berharapan tinggi bahawa sebelum ‘memaksa’ pelajar meneruskan pengajian mereka, ada baiknya IPT melihat kepada model-model lain untuk kelangsungan IPT selain daripada kursus-kursus tradisional yang berjangka masa panjang. Mungkin ada baiknya IPT melihat kepada perkara-perkara berikut:
1. Offering of microcredentials as an alternative
Microcredentials ini adalah kursus-kursus jangkamasa pendek yang boleh diambil oleh sesiapa pun hatta untuk tempoh satu ke dua jam. Caranya pelajar-pelajar boleh pilih kursus yang mereka sukai- tonton video yang sudah dipecah-pecahkan untuk 20-30 minit dan membuat sedikit assessment. Siap tu boleh dapatkan satu badge yang boleh dikumpul-kumpul supaya pada satu hari nanti boleh ditukar dalam bentuk pengajian diploma atau ijazah atau sarjana. Kalau yang lebih bagus IPT-IPT ni jadikan satu konsortium yang mana pelajar-pelajar boleh pilih mana satu microcredentials yang mereka suka dan kumpulkan macam kumpul setem tu. Jadi sambil kerja, sambil siapkan microcredentials sikit-sikit, Insha Allah lama-lama habis.
2. Coaching and personal mentoring services
Selalunya coaching dan personal mentoring services ni hanya dilakukan oleh freelancers untuk tempoh masa pendek. Coach CV, coach kerjaya dan sebagainya. Jarang sekali ada yang memilih untuk jadi ‘coach seumur hidup atau lifelong coach. Akan tetapi IPT sebagai tempat menggalakkan lifelong learning sewajarnya dijadikan tempat percambahan servis sebegini. Ahli akademik perlu ada kemahiran untuk memberikan coaching dalam bidang mereka supaya pelajar-pelajar sedia ada dan para alumni boleh sentiasa merujuk kembali ke universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat kerjaya dan penyelesaian masalah yang dihadapi dalam industri yang diceburi. Contohnya dalam tempoh ERT ini, pelajar-pelajar boleh memilih untuk menangguhkan semester dengan menceburi dalam bidang perniagaan, dan mendapat ‘support’ daripada pihak universiti. Ia bukan sahaja akan menyebabkan pelajar itu ‘melekat’ dengan universiti tersebut, bahkan it becomes words ouf mouth. Bakal-bakal pelajar akan melihat IPT tersebut sebagai sebuah tempat pengajian yang holistik dan highly trustable so they can navigate their life with the help from the institution.
3. IPT menyediakan mode pengajian alternatif - ala carte
While the IPT provides the courses as endorsed by MQA, it should also allows flexibility during this testing time. How about a student who took a major in chemical engineering with minor in gig economy or minor in additive manufacturing (3D printing) or minor in Western Cuisine cooking? Caranya ialah pelajar self-create courses yang mereka ingin pelajari atau libatkan diri semasa dalam pengajian,bincang dengan tutor akademik di universiti kerana tutor boleh bagi idea bagaimana penilaian akan dijalankan, bentuk projek yang sesuai untuk mendapatkan minor tersebut dan sumber-sumber rujukan semasa pelajar melakukan self-learning. Jadi bayangkan pelajar yang jadi rider Food Panda sambil mengusahakan untuk kelansungan hidup mereka, akan tetapi memperoleh minor dalam food delivery services kerana mereka memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh universiti untuk memperoleh minor tersebut.
Saya berharap IPT-IPT di Malaysia mampu bergerak ke arah ini. Bukan sahaja kerana running IPT untuk mendapatkan ranking, tetapi memberi impak yang besar untuk komuniti. Feel free to share so we spread the positivity to all higher learning institutions to transform the services!
Comments